3.07.2013. He's gone. Al Fatihah.
Wednesday • Wednesday, July 03, 2013 • 0 comments Assalamualaikum. Malam ni, aku mengupdate blog dengan mata yang bengkak, air mata yang dah kering sampai tak boleh nak keluarkan lagi dan badan yang lemah. Rasa macam sekejap sangat kenal dia dan dia dah pergi tinggalkan aku buat selamanya. Susah sangat nak terima kenyataan ni. Tapi aku cuba untuk terima sebab aku tahu arwah akan sedih juga kan?Sayang, terima kasih sebab jaga saya. Jujur saya cakap, saya nampak perubahan dalam diri awak skrg. Mungkin tu petanda kan? Cuma saya je yang tak perasan. Tapi apa yang saya tahu, perubahan awak tu ketara sangat dari segi perangai awak. Awak dah tak marah2 saya dah. Kan sayang? Dan awak selalu risau kalau saya ada lelaki lain. Hmm. 1 Julai : Awak banyak sangat hantar text dan awak cakap awak taknak hilang saya. Dan awak sweet sangat masa pagi tu kan? Awak cakap nanti rindu saya memanjang lah, apa lah. Selalu takde pun macam ni? Malam tu, awak ajak saya lepak lepas balik sekolah esok (2.7.2013). 2 Julai : Dekat sekolah, saya ada jumpa awak kan sayang? Saya cakap dengan awak saya ada latihan kawad. Lpastu awak buat muka. Alolo, comel nya awak sayang. Hmmm then awak tak bagi saya pergi kawad tu kan? Hmm mungkin awak dah tahu yang awak nak pergi tinggalkan saya kan? Tu sebab awak tak bagi saya pergi latihan kawad. Tapi bila balik, awak cakap tak jadi nak lepak sebab awak nak buat kerja kursus seni. Selalu tak mcam tu pun? Selalunya kalau awak ada kerja dan awak sendiri yang ajak lepak, tak pernah tak jadi. Awak snggup tggalkan kerja kursus awak tu semata mata nak jumpa dengan saya. Tapi masatu lain sangat. Masa dah hantar saya balik tu. Mcam biasa lah, saya pesan dekat awak. Saya : Hey, jgn bawak motor laju laju tau? Bawak 60 je. Tau tau? Awak : Hehe, okay sayang. Saya : Hah okay. Good. *senyum*. Jgan text lambat2 tau. Nanti rindu lah. Awak : Hehe okay sayang. Lebiuuuuu. Muahhh muahhh muahhhh *sambil buat muka* Kenapa saya tak perasan semua ni? 3.37 p.m *1 text message recieved* Sayangggg, jpg pa text tau? Pa nak mandi n mam jap. Tau tau? Syg ma sangat2, taknak hilang ma. Muahhhh :* 4.01 p.m Awak text saya. Happy sangat sebab awak dah habis mandi n dah habis makan. Kebetulan masa tu saya tengah makan. Saya tanya awak makan apa, awak cakap nasi ayam. Makan feveret awak tu. Lepastu awak pula tanya saya makan apa semua tu. Serious talk, kita text masatu sekejap sangat sebab awak nak tolong abg awak lepastu. Awak suruh saya tunggu. Tapi saya tak boleh tggu sebab saya dah mengantuk. Saya takut kalau awak text nanti saya tertidur. Confirm awak kecik hati nanti. Awak wish then saya cakap kalau nak keluar bgtahu. Then kita stop text. 6.00pm Sayang, pa keluar jap tau? Amik tebu jap tau sayang? Karang text pa tau? Sayang ma sangat2. Taknak hilang ma. Muahhhh. Tapi masa ni saya tengah tidur lah sayang. Tak sedar langsung. Hehe sorry tau? 6.50pm Saya text awak. Sebab saya mimpi hantu masa tu. Saya : Paaaa :'( Awak : Sygg? Saya : Takutttt :'( Awak : Takut apa sayang? *text masuk, dlam masa yg sama awak call* saya angkat tapi cuma dengar bunyi motor, kereta lalu. mcam ada dekat jalan raya. saya cakap, hm tertekan lah tu then terus matikan fone. Lpastu, saya text. Saya : Asal call? Tertekan eh? Awak : Tak balas Saya : Asal le tak rply ni Awak : Still tak balas. Saya call. Awak tak angkat. Saya call lagi, kawan awak angkat. kawan awak tanya. Kawan awak : Hello, ha sape ni? Saya : Eh, kedah mana? Aku ni, erisya. Kawan awak : Wehh, kedah excident ni. Dekat depan kfc ni. Saya : Ehh, kau tipu ehh? Kawan awak : Ya Allah. Betul ni. Saya : Hmm ha? Jgn memain. Kawan awak : Ye betul. Aku nak call bapak dia ni. *terus mati fon Saya call lagi lepastu, tapi masih tak angkat lagi. Dah lama sikit kawan awak call pakai number awak. Dia cakap awak teruk sangat. Awak otw pergi hospital. Sedihnyaaaa. Kesian awak kan sayang? Saya minta maaf sebab saya tggalkan awak sensorg ptg tu. Dia cakap awak ada dekat hospital melaka. Saya terus call mama, suruh mama balik. Saya nak pergi tgok awak dekat hospital. Tapi bila dah smpai hospital, ramai sangat kawan2 awak tunggu awak dekat luar. Diorg semua sayang awak. Hmm. Kawan awak datang dekat saya. Kawan awak cakap. Fendy : Dia teruk weh. Dia dekat zon merah skrg ni. Saya : Hmm saya diam je tapi dalam hati risau sangat. Saya taknak hilang awak. Fendy : Kau sabar je lah eh? Saya tunggu dekat hospital sampai pkul 10.30 malam. Kalau boleh saya nak tggu sampai awak sedar. Tapi saya kesian dekat mama. Mama dah penat. Takut nanti tak boleh nak bawak kereta pula. Saya minta maaf awak. Walau pape pun, saya tak lupa dekat awak. Saya risau sangat dekat awak sayang. Tak tentu arah sngt malam tu. Kawan2 awak semua cakap, then ada yg call ckap doktor dah tak boleh buat apa2 dah. Ya Allah, sedih sangat masa tu. Malam tu susah sangat nak tidur. Tetiba ada 1 text masuk. *hi please call me back* saya tanya * sape ni?* *hi please call me back* Saya pun call lah. Abg awak lah sayang. Dia ingat saya. Dia tanya saya tahu ke tak pasal awak. Hm abg awak sedih sngat. Saya pun sedih. Smpai tak boleh nak tidur. Dan lama2, saya tertidur. 3 Julai : 4.59 am *Salam, dia dah meninggal. Bawak bnyak bersabar ye?* Saya baca text tu, terus meraung then ketuk pintu bilik mama ajak mama pergi hospital. Tapi lpastu, saya text lagi. *Arwah ada dekat mana sekarang?* *Arwah ada dalam peti, esok pukul 9pg baru boleh tgok. Banyakkan bersabar* Saya gerak tengok awak dalam pukul 8.30 pagi. Lama sangat tunggu sebab masa haritu ada 3 orang yg meninggal. So, ambil masa kan? Nak buat posmotem lagi, mandikan lagi. Hmm selesai semua tu dalam pukul 1 lebih cmtu. Kawan awak panggil saya suruh masuk dengan dia. Saya ikut. Dia cakap dengan saya. Nak nangis boleh, tapi kau jgn meraung k? Sebelum saya masuk tu, menggigil badan saya. Saya tahu tu bukan awak kan sayang? Hmm tapi bila saya masuk, saya tengok yang dah dikapankan tu, awak. Muka awak, hmm putih sangat. Ya Allah, susah saya nak cakap. Memang berseri sangat. Lain sangat awak :'( Semua kawan awak pandang saya. Diorg risau pasal saya. Diorg jaga saya. 2 kali saya masuk tengok awak. Saya tak puas tengok awak sekali, kalau boleh nak tengok awak bnyak kali. Lepas dah habis semua tu, saya salam mak and mama ajak saya balik. Saya memang nak dtg kedah. Tapi, nak buat cemana? Dah takde rezeki kan awak? Saya redha. Saya dah boleh terima dah. Mak awak cakap, redhakan awak pergi. Kesian nanti dekat awak. Datang sekolah tadi dengan mata yang bengkak. Then kalau boleh satu sekolah nak tengok saya tahu tak? Macam artis pula. Tapi saya tahu dorg pandang sebab kesian tengok saya dah mcam separuh nak gila. Tadi dekat sekolah rasa sunyi sangat. Yelah, awak takde pun temankan saya. Awak lah yang selalu nak bergurau dengan saya bila nampak saya. tapi sekarang? Tadi kawan awak bergurau lagi dengan saya, diorg cakap saya ni dah boleh pakai cermin mata dah pasni. jadi kasim selamat. Memang tergelak masatu, lepastu tiba2 nangis balik. Hee sorry awak. Saya tahu awak sedihkan tengok saya macam ni? Kalau awak ada sekarang, mesti awak marah sebab saya nangis. Memang susah nak terima sebab banyak kenangan saya dengan awak dekat sekolah tu. Thanks untuk kawan2 awak. Dorg sayang awak. Dan dorg jagakan saya untuk awak. Dorg nak hantar saya balik tadi. Tapi saya taknak. Saya tahu ni dugaan dari Allah. Saya tak boleh macam ni kan? Mesti awak sedih tengok saya macam ni. Tapi, saya rindu awak. Rindu sangat. Hmm hanya doa doa je yang saya mampu sedekahkan untuk awak. Al fatihah :'( Ahmad Shamel Haiqal Bin Sapiai 10.02.1996 - 03.07.2013 |
MY WORDS;
![]() OTHERS;
♥ >> Allah lebih sayang awak! Hmm saya redha. Al fatihah :(
date : 4/7/2013
at: NOW
♥ >> Come on erisya, kau tak boleh tunjuk yang kau ni lemah!
date : 30/5/2013
at: NOW
♥ >> sumpah rasa mcam nak menangis je skrang ni! :'(
date : 19/5/2013
at: NOW
♥ >> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm
BLOG ARCHIVE; |